LATAR BELAKANG KEM
Kem
PLKN Seri Perkasa mula beroperasi pada 13 Disember 2004
Kumpulan 1 Siri2/2005.
Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia, Kem PLKN
Seri Perkasa (KSP) telah diwujudkan untuk membantu menyediakan fasiliti bagi
menyokong Program Latihan Khidmat Negara untuk mencorak seluruh rakyat Malaysia yang bersemangat kental,
patriotik dan setia kepada negara.
LOKASI KEM
Kem
PLKN Seri Perkasa (KSP) terletak 8
kilometer dari Bandar Seremban menuju ke arah Mantin. Kem ini terletak di kaki
Bukit Banjaran Titiwangsa. Kedudukan yang strategik dapat menyediakan sumber
air kolam dan hutan yang amat mustahak dalam pembentukan rohani dan jasmani.
KAWASAN KEM
Keluasan kawasan Kem PLKN Seri Perkasa (KSP) ini meliputi 28 ekar persegi yang
menyediakan tempat kediaman dan kelengkapan riadah yang sangat selesa lagi
teratur. Kem PLKN Seri Perkasa (KSP) menyediakan kemudahan tempat kediaman yang
boleh menempatkan lebih 500 penghuni.
No comments:
Post a Comment