Friday, 14 February 2014

Klik Bijak @ PLKN

Program Klik Bijak @ PLKN telah dilaksanakan pada 8 februari 2014, pihak kem berbesar hati dan bangga apabila pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, turut sama dalam pelaksanaan program ini. Ucapan terima kasih kepada Puan Eneng Faridah Iskandar, Pengarah Kanan Bahagian Jangkauan dan Penglibatan kerana sudi membenarkan pihak SKMM datang ke kem kami. Tidak dilupakan mastermind... Puan Zakiah yang sangat sporting bersama-sama sahabat-sahabatnya yang lain. Pelatih gembira dan teruja dengan kehadiran mereka.

Juruacara majlis: Cikgu Faezah

Cikgu Ikmal menyampaikan syarahan untuk program kali ini.
 Program ini diwujudkan Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pelatih PLKN  berkaitan keselamatan, waspada dan tanggungjawab di dalam melayari internet dan menggunakan media sosial.

- Melahirkan pelatih yang literasi terhadap teknologi dan bijak internet.
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dikalangan pelatih supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Memberi pendidikan kepada pelatih tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelatih menggunakan Internet.


Bersemangat untuk menjawab soalan



 Aktiviti yang dijalankan menarik minat pelatih untuk belajar sambil bermain.






Merancang strategi bermain

Sempat posing lagi.....
Khusyuk mendengar penerangan...
Antara hadiah dan cenderamata yang disediakan oleh SKMM

No comments:

Post a Comment